Selasa, 7 Disember 2010

Mutiara Nabawi 2010

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana dengan taufik-Nya dapatlah ditamatkan pembacaan hadis daripada modul Mutiara Nabawi yang memuatkan sebanyak 40 buah hadis yang telah dipilih daripada hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Tamam Al-Minnah karya Al-Allamah Al-Muhaddis As-Syaikh Abdullah Al-Ghumari -rahimahullah- yang memuatkan hadis-hadis tentang amalan-amalan yang boleh membawa seseorang ke syurga.

Semoga hadis-hadis yang dibaca dapat diamalkan, kalau tidak kesemuanya, amalkanlah sebahagiannya kerana ulama mengatakan: "ma la yudraku kulluhu la yutraku kulluhu" (sesuatu yang tidak dapat diperolehi semua maka janganlah ditinggalkan semua).

Insya-Allah pada tahun hadapan pihak SAF akan menerbitkan Modul Nabawi siri II (sedang dalam proses pembikinan) yang akan memuatkan hadis-hadis tentang amalan-amalan yang tidak sewajarnya diabaikan oleh umat islam yang akan dipetik daripada beberapa buah kitab hadis karangan para ulama muktabar. Moga diberi taufiq oleh Allah untuk melaksanakannya, amin!.

Selamat Tahun baru Hijrah 1432

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlewat untuk Sahabat Al-Falah mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1432 kepada semua umat Islam khususnya warga SMK TD3. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa seribu macam kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita semua. Semoga usia kita yang singkat ini akan dipenuhi dengan melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah ke atas kita disamping menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya.

Sahabat Al-Falah juga ingin memohon jasa baik semua pengunjung laman blog ini khususnya warga SMKTD3 untuk sama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada Allahyarham En Mokhtar bin Said (bekas guru SMKTD3) yang meninggal dunia setahun yang lepas pada tarikh 1 Muharram 1431. Al-Fatihah!