Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana dengan taufik-Nya dapatlah ditamatkan pembacaan hadis daripada modul Mutiara Nabawi yang memuatkan sebanyak 40 buah hadis yang telah dipilih daripada hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Tamam Al-Minnah karya Al-Allamah Al-Muhaddis As-Syaikh Abdullah Al-Ghumari -rahimahullah- yang memuatkan hadis-hadis tentang amalan-amalan yang boleh membawa seseorang ke syurga.
Semoga hadis-hadis yang dibaca dapat diamalkan, kalau tidak kesemuanya, amalkanlah sebahagiannya kerana ulama mengatakan: "ma la yudraku kulluhu la yutraku kulluhu" (sesuatu yang tidak dapat diperolehi semua maka janganlah ditinggalkan semua).
Insya-Allah pada tahun hadapan pihak SAF akan menerbitkan Modul Nabawi siri II (sedang dalam proses pembikinan) yang akan memuatkan hadis-hadis tentang amalan-amalan yang tidak sewajarnya diabaikan oleh umat islam yang akan dipetik daripada beberapa buah kitab hadis karangan para ulama muktabar. Moga diberi taufiq oleh Allah untuk melaksanakannya, amin!.