Assalamualaikum.
Bermula tahun 2010 ini juga, aktiviti tazkirah yang diadakan pada setiap pagi Jumaat di surau Al-Falah (selepas bacaan yasin dan tahlil) akan menggunakan buku Mutiara Nabawi yang disusun oleh guru penyelaras dakwah SMK Taman Daya 3.
Buku Mutiara Nabawi ini mengandungi 40 buah hadis nabi yang menerangkan tentang amalan-amalan yang boleh membawa seseorang ke syurga. Hadis-hadis tersebut telah dipilih daripada kitab Tamam Al-Minnah karya Al-Muhaddis Abdullah Al-Ghumari yang mengandungi sebanyak 180 buah hadis yang memperkatakan mauduk (tajuk) yang sama.
Mudah-mudahan buku ini akan memberi ilmu yang berguna kepada para pelajar dan warga pendidik SMK Taman Daya 3 yang beragama islam khususnya dan umat islam lain amnya. Insya Allah jika ada kelapangan, setiap hadis dalam buku tersebut akan dipaparkan dalam ruangan blog ini, insya Allah. Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan